Selasa, 11 Ogos 2015

Sebab Aku Pilih Little Caliphs Kindergarten

Setelah aku dan suami berbincang sekian lama, tak la bincang lama sangat sebenarnya.. situasi sebenarnya aku yang duk potpet bagitau tadika ni macam mana, tadika tu macam ni, suami aku angguk je, hehehe. tapi akhirnya dia pun bersetuju untuk pilih pendidikan di Little Caliphs untuk anak syurga kami.. dikira berbincang jugak la tu kan? Ok, sebelum ini aku pernah bercerita secara ringkas kriteria pemilihan tadika pada pandangan aku.. sekarang aku ingin berkongsi sbab aku dan suami bersetuju memilih Little Caliphs Kindergarten untuk anak aku. 

Selepas aku dan suami bersetuju untuk Little Caliphs, aku dah duk fikir2 siapa nanti yang nak hantar dan ambil anak aku.. sebab pada mulanya tadika LC agak jauh dengan kedudukan rumah aku. x la jauh sangat sebenarnya tapi akan ambil masa campur traffc light, jem, kelam kelibut lebih 30 minit untuk pergi dan patah balik rumah. Lagi2 la aku ni pasti kelam kelabut mana nak ke tempat kerja, nak hantar anak ke rumah pengasuh, jadi aku termenung sekali lagi. Tapi alhamdulillah, perancangan Allah itu yang terbaik. Entah macam mana aku terpandang banner kat simpang rumah aku. Ya Allah, Allah telah permudahkan urusan aku.. ada LC buka branch baru di kulim. Tersangat2 dekat dengan rumah aku. 5 mnit pergi balik je.. Alhamdulillah aku bersyukur sangat waktu tu. Jadi banyak kali jugakla aku duk terjeling2 banner LC. Yerla takut terlepas peluang nak daftar anak kat situ. Risau jugakla kan kot2 kuota diorang dah penuh. Jenuh plak aku.. Terus aku call dan set kan perjumpaan untuk tau lebih lanjut pasal LC ni. Kira bersungguh2 la aku ni. Yerla, masa tu dah akhir tahun 2014. Anak aku dah 3 tahun.

tapi aku ringkaskan sahaja perbualan aku dengan principle kat situ dan aku sangat berpuas hati dengan penerangan yang diberikan. Waktu aku ke LC Taman Kemuning,  masa tu masih kosong tak ada apa2. Yang aku ingat ada beberapa kerusi sahaja. Aku faham sebab diorang masih dalam persediaan dan waktu tu baru buka untuk pendaftaran. Ni ha, lokasi LC Taman Kemuning yang aku maksudkan. 


Ok, dari tadi aku janji nak bagitau sebab aku memilih LC kan? Dalam entri aku sebelum ni, aku dah bagitau kriteria pemilihan tadika yang aku nak, dan aku rasa LC mempunyai 2 kriteria yang katakan tu. Alhamdulillah aku memberikan sepenuh kepercayaan kepada guru2 LC Taman Kemuning untuk mendidik anak aku nanti. Selain kriteria tersebut korang boleh tengok kat diorang punya banner je. Jap, aku tempek kat sini.

ha.. korang tengok ek..  Pandai Solat, Pandai Baca seawal 4 Tahun, Itulah yang aku nak. Pandai SOLAT tu yang paling utama. Bagi aku perkara yang paling membahagiakan aku sebagai seorang ibu adalah apabila anak2 aku menjadi seorang yang beriman dan bertakwa pada Allah. Insya Allah mereka akan menjadi saham kita di dunia dan akhirat. dan entah kenapa melalui penerangan principle diorang dengan terperinci tu, naluri aku sangat kuat mengatakan di sini lah insyaAllah anak aku akan dididik dengan baik. Banyak lagi penerangan dri Princple LC Taman Kemuning ni bagitau tapi aku ni biasala kan manusia biasa.. sudah terlupa. Yang aku ingat dia bagi penerangan bagi silibus, kaedah pengajaran dan pembelajaran, buku yang dikeluarkan sendiri oleh Puan Sabariah pengasas LC ni. Semua silibus LC ni tak kira matematik ke, sains ke semua dikaitkan dengan ilmu agama, kaitan ilmu dan kehidupan ni dengan Tuhan. Buku2 nya lain dari yang lain dan aku sangat2 suka. Ok, contoh paling senanng dalam ilmu mengenal anggota badan.. LC ni bukan sahaja mengajar mengenal anggota bdan seperti mata dll tapi silibus diorang juga mengajar anak2 kita sebab Allah jadikan mata, sebab Allah jadikan tangan dll. Ha... korang jawabla.. Kalau tak tau jawapannya kena belajar di LC la. kuikui. Jadi, dari situ aku rasa pendekatan LC ni mendekatkan anak2 kita dengan Allah. Sudah semestinya yang itulah aku mahu. Oh ya, satu lagi diorang ni ada Program Pra Tahfiz untuk anak2 yg berumur 6 tahun tetapi syaratnya menyertai LC dari umur 4 tahun. Lagila, aku jatuh hati. Huhu

ok, mengenai Yuran di LC ni plak,,.. bagi aku masih ok. Ramai juga yang aku baca dan dapat pandangan dari kawan2 yang mengatakan LC ni yurannya agak mahal berbanding tadika2 yang lain. Hurmmmm aku pun fikir panjang jugak mengenai yuran ni. Ok, yurannya aku x ingat detail, nak tunjuk resit dah xtau ke mana resit tu. Apala aku ni,,, tapi aku ringkaskan...

Sesi tadika : dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (yurannya RM250.00)
Sesi tadika + jagaan selepas tadika : dari pukul 8.00 pagi hingga 7.00 malam (yurannya RM380.00)

korang faham x ni? hehe. bayaran pendaftarannya dalam 1k lebih, Aku lupa tapi ni semuanya dah termasuk bayaran baju sekolah (2 helai), baju hari rabu riadah (sehelai) beg sekolah, alatan tulis dan buku2, event, makanan (pagi dan petang) dan lain2 la. Aku bayar 2x gakla. RM500 masa nak daftar dan selebihnya sebelum sesi pembelajaran bermula.

Aku pun bukanlah kerja yang gaji puluh2 riban 2.. cukup2 makan je. Tapi aku dan suami sanggup berkorban apa sahaja untuk anak2. Biarlah aku x selalu beli baju baru asalkan anak aku dapat pembelajaran terbaik. InsyaAllah. Aku juga yakin rezeki anak2 tu ada.. pasti cukup. Kalau x, duit gaji aku habis juga ke mana-mana jadi lebih baik aku laburkan untuk perkara yang baik. Aku pejamkan mata untuk ambil sesi tadika dan jagaan selepas tadika sebab aku tau dah tiap2 hari aku pulang lambat. 

Jadi, terpulanglah pada ibu2, mama2 di luar sana. Masing2 ada pandangan. Ni pendapat aku sahaja. Ikhlas dari hati. Korang tau tak kenapa aku buat entri selepas sekian lama? selepas 8 bulan anak aku belajar di LC Taman Kemuning? Sebab aku dpt tengok banyak perkembangan positif anak aku tu.. Jadi, rugi klau aku x kongsi perkara baik macam ni pada ibu2 di luar sana. Aku tahu sebagai ibu bapa, kita berkongsi doa yang sama, iaitu semoga anak2 kita dirahmati dan diberkati Allah di dunia dan akhirat. Amin, moga dimakbulkan Allah. ok ni kat bawah aku belanja gambar anak aku berbaju LC. Hepi je dia.. hehe. 
Moga jadi anak soleh wahai khalifah Allah..





Isnin, 10 Ogos 2015

Kriteria Pemilihan Tadika untuk Anak-Anak

Tadika mana yang sesuai untuk anak2 aku? Ok x tadika tu? Apa kelebihan tadika tu?

Persoalan ni pernah bermain-main dalam fikiran aku dulu... Al-maklumlah, anak sulung kan? Waktu anak aku, Muhammad 'Izzul Islam tu berumur 2 tahun, aku dah terfikir-fikir. Excited sangat sampaikan aku sanggup bawak kereta meredah tempat aku, meninjau-ninjau tadika yang berdekatan dengan rumah aku. Penat pun tak apa asalkan aku rasa puas hati. Lepas duk tertinjauh-tinjau tu, aku google plak. Baca dari satu blog ke blog mak ayah yang ambil berat pasal pendidikan awal untuk anak2 diorang. Terima kasih buat semua blogger tu sebab aku dapat banyak gak info pasal tadika ni. Rupa2nya punyalah banyak tadika. Aku mula la pening. Tapi dalam kepala aku, ada beberapa ciri-ciri tadika yang aku nak untuk anak-anak aku. Antara kriteria pemilihan tadika yang WAJIB ada ialah:

1. bercirikan pembelajaran agama Islam. 
yang ni paling aku titik beratkan kerana bagi aku, pendidikan agama tu yang paling penting berbanding yang lain. kerana aku yakin, kalau di dada anak2 tu sudah tersemat ilmu agama, insyaAllah ilmu lain dengan senangnya anak2 kita dapat. Lagi2 la sekarang dengan masalah sosial sangat serius. Hanya ilmu agama je yang dapat bantu anak2 kita. Kalaula aku mati, anak2 aku dah ada ilmu agama yang pasti tidak akan memesongkan pemikiran anak2 aku. sampai ke situ aku fikir. Bukan apa, aku nak yang terbaik untuk anak2. Biarlah mereka mendapat keberkatan di dunia dan akhirat

2. keadaan persekitaran
Aku sangat2 mementingkan keadaan persekitaran kerana bagi aku faktor persekitaran ni sangat mempengaruhi pembentukan akhlak dan sahsiah diri anak2. Maksud persekitaran ni bagi aku merangkumi guru-guru yang mengajar anak2 aku danh keadaan fizikal tempat pembelajaran tu. Bagi aku, guru-guru ini sangat penting kerana mereka lah yang akan mendidik anak2 aku nanti. Guru-guru yang baik insyaAllah akan membentuk anak2 yang baik. Itu aku sentiasa doakan. Keadaan fizikal pula bukanlah sepenuhnya aku tengok pada bangunan tu tapi lebih kepada kebersihan persekitaran. Kalau tidak bersih dan kotor, macam mana anak2 kita senang untuk belajar. Tempat yang bersih adalah tempat tebaik untuk pembelajaran. Bukan apa, aku pernah mendengar kawan2 yang bercerita mengenai tadika yang sangat kotor. Kebersihan anak2 tidak dijaga dengan baik. Pantang bagi aku. Yerla takut juga apabila anak2 dh terbiasa dengan keadaan kotor, jadi pemikiran mereka pun akan terpengaruh sama. Jadi, itu yang aku cuba elakkan.

2 kriteria ini lah yang paling aku utamakan. Jadi, kriteria2 lain tu aku tengok juga. Mana2 tadika yang menyediakan pembelajaran menggunakan bahasa Inggeris, komputer dan sebagainya menjadi bonus la.. Pening jugak sebenarnya nak pilih ni. Tapi alhamdulillah Allah gerakkan hati aku untuk meninjau2 tadika ni semenjak anak aku berumur 2 tahun. Jadi, aku mempunyai tempoh yang cukup untuk membuat pemilihan. Sepanjang masa tu, aku mula la duk fikir2 bagaimanalah agaknya apabila anak aku dah mula memasuki alam persekolahan. Tersenyum sorang2 pun ada, runsing pun ada.. kira mcm2 rasa la.. 
Akhirnya selepas meneliti semuanya aku dan suami telah bersetuju untuk memilih 


nanti dalam entri seterusnya aku akan bagitau sebab aku dan suami bersetuju memilih Little Caliphs Kindergarten untuk anak2 aku.. Jangan salah faham pula, aku tidak mengecilkan mana2 tadika yang lain cuma bagi aku, sebagai seorang ibu, aku kena buat keputusan yang terbaik untuk anak2 aku dan aku sentiasa berdoa pada Allah, semoga sebarang keputusan yang aku buat untuk anak2 aku adalah keputusan yang tepat. Amin Ya Allah. sebaik2 perancang adalah Allah. Jadi, ibu2 yang duk meninjau2 macam aku dulu boleh teruskan sebab aku tahu korang adalah seorang ibu yang terbaik dan inginkan yang terbaik juga untuk anak2. Harap2 boleh membantu sedikit sebanyak. Opss,... jangan tersalah sangka, saya x dapat apa2 pun dari pihak LC, x ada kepentingan apa2 cuma berkongsi pengalaman sebagai seorang ibu sahja. hehe. Kita sama2 kongsi ya. جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا