Setelah aku dan suami berbincang sekian lama, tak la bincang lama sangat sebenarnya.. situasi sebenarnya aku yang duk potpet bagitau tadika ni macam mana, tadika tu macam ni, suami aku angguk je, hehehe. tapi akhirnya dia pun bersetuju untuk pilih pendidikan di Little Caliphs untuk anak syurga kami.. dikira berbincang jugak la tu kan? Ok, sebelum ini aku pernah bercerita secara ringkas kriteria pemilihan tadika pada pandangan aku.. sekarang aku ingin berkongsi sbab aku dan suami bersetuju memilih Little Caliphs Kindergarten untuk anak aku.
Selepas aku dan suami bersetuju untuk Little Caliphs, aku dah duk fikir2 siapa nanti yang nak hantar dan ambil anak aku.. sebab pada mulanya tadika LC agak jauh dengan kedudukan rumah aku. x la jauh sangat sebenarnya tapi akan ambil masa campur traffc light, jem, kelam kelibut lebih 30 minit untuk pergi dan patah balik rumah. Lagi2 la aku ni pasti kelam kelabut mana nak ke tempat kerja, nak hantar anak ke rumah pengasuh, jadi aku termenung sekali lagi. Tapi alhamdulillah, perancangan Allah itu yang terbaik. Entah macam mana aku terpandang banner kat simpang rumah aku. Ya Allah, Allah telah permudahkan urusan aku.. ada LC buka branch baru di kulim. Tersangat2 dekat dengan rumah aku. 5 mnit pergi balik je.. Alhamdulillah aku bersyukur sangat waktu tu. Jadi banyak kali jugakla aku duk terjeling2 banner LC. Yerla takut terlepas peluang nak daftar anak kat situ. Risau jugakla kan kot2 kuota diorang dah penuh. Jenuh plak aku.. Terus aku call dan set kan perjumpaan untuk tau lebih lanjut pasal LC ni. Kira bersungguh2 la aku ni. Yerla, masa tu dah akhir tahun 2014. Anak aku dah 3 tahun.
tapi aku ringkaskan sahaja perbualan aku dengan principle kat situ dan aku sangat berpuas hati dengan penerangan yang diberikan. Waktu aku ke LC Taman Kemuning, masa tu masih kosong tak ada apa2. Yang aku ingat ada beberapa kerusi sahaja. Aku faham sebab diorang masih dalam persediaan dan waktu tu baru buka untuk pendaftaran. Ni ha, lokasi LC Taman Kemuning yang aku maksudkan.
Ok, dari tadi aku janji nak bagitau sebab aku memilih LC kan? Dalam entri aku sebelum ni, aku dah bagitau kriteria pemilihan tadika yang aku nak, dan aku rasa LC mempunyai 2 kriteria yang katakan tu. Alhamdulillah aku memberikan sepenuh kepercayaan kepada guru2 LC Taman Kemuning untuk mendidik anak aku nanti. Selain kriteria tersebut korang boleh tengok kat diorang punya banner je. Jap, aku tempek kat sini.

ok, mengenai Yuran di LC ni plak,,.. bagi aku masih ok. Ramai juga yang aku baca dan dapat pandangan dari kawan2 yang mengatakan LC ni yurannya agak mahal berbanding tadika2 yang lain. Hurmmmm aku pun fikir panjang jugak mengenai yuran ni. Ok, yurannya aku x ingat detail, nak tunjuk resit dah xtau ke mana resit tu. Apala aku ni,,, tapi aku ringkaskan...
Sesi tadika : dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (yurannya RM250.00)
Sesi tadika + jagaan selepas tadika : dari pukul 8.00 pagi hingga 7.00 malam (yurannya RM380.00)
korang faham x ni? hehe. bayaran pendaftarannya dalam 1k lebih, Aku lupa tapi ni semuanya dah termasuk bayaran baju sekolah (2 helai), baju hari rabu riadah (sehelai) beg sekolah, alatan tulis dan buku2, event, makanan (pagi dan petang) dan lain2 la. Aku bayar 2x gakla. RM500 masa nak daftar dan selebihnya sebelum sesi pembelajaran bermula.
Aku pun bukanlah kerja yang gaji puluh2 riban 2.. cukup2 makan je. Tapi aku dan suami sanggup berkorban apa sahaja untuk anak2. Biarlah aku x selalu beli baju baru asalkan anak aku dapat pembelajaran terbaik. InsyaAllah. Aku juga yakin rezeki anak2 tu ada.. pasti cukup. Kalau x, duit gaji aku habis juga ke mana-mana jadi lebih baik aku laburkan untuk perkara yang baik. Aku pejamkan mata untuk ambil sesi tadika dan jagaan selepas tadika sebab aku tau dah tiap2 hari aku pulang lambat.
Jadi, terpulanglah pada ibu2, mama2 di luar sana. Masing2 ada pandangan. Ni pendapat aku sahaja. Ikhlas dari hati. Korang tau tak kenapa aku buat entri selepas sekian lama? selepas 8 bulan anak aku belajar di LC Taman Kemuning? Sebab aku dpt tengok banyak perkembangan positif anak aku tu.. Jadi, rugi klau aku x kongsi perkara baik macam ni pada ibu2 di luar sana. Aku tahu sebagai ibu bapa, kita berkongsi doa yang sama, iaitu semoga anak2 kita dirahmati dan diberkati Allah di dunia dan akhirat. Amin, moga dimakbulkan Allah. ok ni kat bawah aku belanja gambar anak aku berbaju LC. Hepi je dia.. hehe.
![]() |
Moga jadi anak soleh wahai khalifah Allah.. |
2 ulasan:
Cubaan
Blackjack - Casino Info - Mapyro
Mapyro - Casino Info. 부산광역 출장안마 Casino Info. Blackjack. Mapyro. 원주 출장샵 Location. Mapyro. Distance. 1m. 파주 출장마사지 to 1m. From All 거제 출장샵 Roads & Beds. 강원도 출장안마
Catat Ulasan